Monday 28 April 2014

Aji-No-Moto

Assalamualaikum... :)

Hmmm..pagi-pagi ni terbaca 1 artikel yang di share oleh kawan dalam facebook...bahaya ajinomoto..so..aku interested la nak baca..sebab aku masak memang tak guna cik aji ni....ok lah..ajinomoto is a brand...and it was MSG..or perisa tambahan la kan....kalau makan kat luar...fastfood reastaurant..for sure MSG ni akan masuk dalam badan..ye..betul memang x boleh elak..aku bukan 100% homecook punya orang..hehe..sekali sekala memang makan kat lua....lagi-lagi time sekarang..air takde..uiiihhh..berganda-ganda malas aku nak masak..hahaha....


Betul..aku nak jaga kesihatan keluarga...jangan salah anggap pulak..aku bukan mengecam or nak kutuk sesiapa yang guna MSG ni....cuma untuk aku..bila masak kat rumah memang tak letak any kind of perasa tambahan ni...memang terbiasa..lagi-lagi sekarang ade anak...so..aku hadkan setakat mana yang mampu...tapi bila di luar pengawasan aku..nak buat macam mana..aku tak boleh 24/7 seminggu ada untuk family kan...so bila masa yang aku ada untuk menjaga mereka..itulah yang aku guna sebaiknya...hehe...ewahhh...

Pasal cik aji ni..pernah bergaduh mulut jugak dengan suami aku sebab ape...aku memang tak pandai nak guna..sebab tak pernah letak pon...tapi.. seluruh family die memang masak guna MSG...pernah sister in law datang rumah nak masak tak jadi..sebab takde cik aji tu kat dapur aku..esoknye diorang pegi kedai membeli la sepeket cik aji...huhu..so suami dah terbiasa...jadinye kalau masak sayur..die kate kene letak..memandangkan aku tak makan sayur..hehe..so boleh la letak...memang la kalau letak makanan jadi extra sedap...tapi aku jadi tak suke bila overdose...sebijik rase perencah indomie...tapi aku makan gak instant noodle kekadang..haha...time emergency..huhu...


Kesan Ajinomoto Pada Kesihatan

Di bawah ni beberapa kesan MSG pada kesihatan;

  1. Boleh menyebabkan tumor (ketumbuhan) pada paru-paru, usus kecil, usus besar, bawah kulit, perut dan otak. Ini adalah hasil kajian di Jepun pada 25 Oktober 1983 ke atas 84 ekor tikus. Kesannya dilihat selepas 16 bulan.
  2. Boleh menyebabkan rasa kebas di tengkuk, lengan, belakang, lemah denyutan jantung setiap 15 - 20 minit. Ini fakta kes Chinese Restaurant Syndrome yang berlaku di US.
  3. Boleh menyebabkan asma kronik. Ini adalah fakta kes berlaku di Sydney.
  4. Membantutkan kebolehan otak bayi dan kanak-kanak untuk menerima pelajaran. Ia menyerang secara halus.

Fakta di atas dari sebuah blog yang menulis artikel "Bahaya Ajinomoto". Kalau rajin surf kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), faktanya lebih mengejutkan!

Ada lagi kesan-kesan lain:

a. Kecederaan kepada hypothalamus, sejenis kelenjar dalam otak berperanan mengawal selera makan, fungsi tiroid dan sistem endokrin.
b. Meracun saraf seperti dilaporkan dalam sebuah kajian bahawa ia menyebabkan tikus menjadi gemuk kerana keracunan MSG merosakkan ‘ isyarat leptin’ yang tertulis dalam minda bawah sedar atau ia memusnahkan papan data sekali gus menyebabkan tiada isyarat bertulis dalam minda bawah sedar.
c. MSG yang dimakan oleh ibu mengandung juga ibu yang sedang menyusukan bayi boleh mengganggu pusat kawalan bayi.
d. Kesan pengambilan MSG ialah kesan kepada otak , ini kerana pengambilan kokain, methamphetamine dan Ritalin. Ia berakhir dengan tindakan stress hipersensitif dan mengakibatkan perut berlemak.
Patut la mase breastfeeding anak-anak aku dulu mama pesan..jangan makan fast food selalu...tak elok untuk baby...susu pon tak berkualiti nanti..huhu...tapi artikel ni dari google...kalau nak buat kajian lebih..bertanye la pada yang pakar...tapi fakta umum MSG memang tak bagus untuk kesihatan....ape-ape pon..tepuk dada..tanya selera perut..hahaha....

No comments:

Post a Comment