Wednesday 16 October 2013

Cara membuang sisa daging korban

Assalamualaikum... :)

Bersempena Hari Raya Aidiladha yang lepas...tergerak hati pulak nak google cara nak buang sisa or tulang-tulang daging korban tu. Ye la kebiasaannya mama and nenek akan bising la kalau daging-daging yang x habis makan tu terus je campak dalam tong sampah...kata mereka lebih-lebih tu kena tanam...semua yang x habis makan tu kitorang kumpul la dalam satu plastik then ditanam.

So ini buat aku takut sangat even kalau terbuang satu cebisan kecik je pon....semalam pon aku masak daging..letak plastik yang aku kumpul daging tepi sinki..tapi tengok pagi tadi dah xde...aku nak selongkar tong sampah ke??? adoiiii....jadinye..sesampainye aku di ofis...try la searching-searching...aku nak share la article yang aku jumpe tadi.. :)

Cara Pengurusan Tulang Dan Sisa Daging Qurban

Soalan

saya ingin bertanya kemusykilan mengenai tulang atau sisa daging qurban. Tulang atau sisa2 daging qurban itu perlukah ditanam atau dihanyutkan ke sungai sebagaimana yang diamalkan oleh masyarakat kita pd hari ini. Adakah amalan ini ada dinyatakan di dalam mana-mana hadis atau Al Quran. Terima kasih

Jawapan

Mengenai tulang atau sisa daging Korban, tidak ada dalil yang menyuruh supaya ia ditanam ataupun dihanyutkan sahaja melalui sungai.
Namun, apa yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini adalah kesan tinggalan amalan yang dilakukan oleh masyarakat Islam sebelum ini. oleh kerana haiwan tersebut disembelih atas tujuan untuk ibadat (taqarrubkan diri kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala), maka segala perkara yang berhubung dengan ibadat tersebut termasuklah sisa daripada haiwan tersebut dianggap punya kemuliaan yang tersendiri dan ia perlu diuruskan dengan cermat dan dihormati. Mereka mengambil keputusan untuk menanamnya.
Dalam hal ini Panel berpendapat, jika sisa tersebut adalah sisa di tempat penyembelihan, ia adalah wajar ditanam kerana jika tidak ditanam, ia akan mendatangkan bau busuk dan ini akan memudaratkan penduduk yang berada di sekitar kawasan tersebut.
Walau bagaimanapun, jika sisa yang sedikit (bukan ditempat penyembelihan) cukuplah dengan membuangnya ke dalam tong sampah sahaja. Ia adalah lebih mudah. Sesungguhnya Islam tidak memberatkan penganutnya. Wallahu 'Alam.

sumber : http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/40447
 
This is the another one..
  

Postby zn »

Assalamualaikum,

Ustaz,

Berdasarkan soalan SJ-10-0093:tulang aqiqah.

1. Oleh itu, adakah tulang-tulang aqiqah boleh dibuang direct ke dlm tong sampah?

2. Bagaimana pula tulang daging korban?

3. Harap ustaz terangkan cara terbaik buang tulang-tulang dan cebisan daging aqiqah dan kurban.

Terima kasih.


_____________________________________
Postby al-jawhar »

Salam...

Sepertimana yang telah disebutkan dalam jawapan bagi soalan diURL dibawah :

http://www.al-ahkam.net/home/index.php? ... ad371f575c

Maka kesimpulannya ialah :

1. Tidak ada petunjuk dari Rasulullah saw agar tulang-tulang dan lebihan daging korban atau akikah yang mesti ditanam.

2. Pendapat yang mengatakan tulang dan daging tersebut mesti ditanam adalah berdasarkan kepada anggapan masyarakat Nusantara yang menganggap bahawa amalan korban dan akikah sebagai amalan 'taqarrub' (mendekatkan diri kepada Allah).Maka segala perkara yang terlibat dalam amalan tersebut dianggap sebagai suci dan wajib untuk dihormati.Sebab itu juga , terdapatnya amalan sesetengah masyarakat melayu / nusantara yang menghormati sejadah yang digunakan untuk bersembahyang di atasnya.

3. Perbuatan menanam tulang dan daging tersebut juga adalah perbuatan yang menyebabkan kesusahan dan kepayahan kepada umat Islam.Ini kerana , setiap muslim dikehendaki menyimpan dahulu atau melonggok tulang tersebut didapur sebelum ditanam keesokkannya dan perbuatan ini tidak bertepatan dengan maksud kemudahan yang terkandung dalam intipati syariat Islam itu sendiri.

Maka tulang dan daging tersebut boleh dibuang begitu sahaja kedalam tong sampah dan sebagainya

sumber : http://makanansembelihan.blogspot.com/2010/01/membuang-tulang-lebihan-korbanaqiqah.html

Sharing is caring..moga bermanfaat juga untuk kalian...wallahualam.. :)

6 comments:

  1. yeay da dapat jawapan..thank you yayang

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..ko pon mencari gak ye...most welcome bebeh

      Delete
  2. waaa.. terima kasih.. pasal share benda berguna ni.. Lega hati Tinie.. sebab Tinie pon ada buang kat tong sampah sisa lemak tu hehe

    ReplyDelete
  3. Oo..bole laa buang dlm tong..lega.. musykil gak.. sblum ni.. yela duk umah flet ni nk jumpa tanah pun payah... lega dgn info ni.. skrg bole la turun bawah nk buang sisa lauk daging korban dgn rasa lega...dari td duk bdebat ngan bini ni tensen oo... tq.

    ReplyDelete
  4. Tq dah share ilmu yg amat penting Ni ๐Ÿ‘๐Ÿ˜Š.... alhamdulillah syukur dah dpt jawaban dari kemuskilan๐Ÿคฒ๐Ÿ‘๐Ÿ˜…

    ReplyDelete